Menteri & delegasi Jerman kunjungi Iran

Menteri & delegasi Jerman kunjungi Iran

BERLIN, 19 Julai – Menteri Ekonomi Jerman, Sigmar Gabriel terbang ke Iran hari ini, sebagai pegawai Barat tertinggi yang pertama mengunjungi negara itu sejak kuasa-kuasa dunia dan Tehran mencapai perjanjian nuklear bersejarahnya.

Gabriel, yang juga ketua timbalan dan menteri tenaga Canselor Angela Merkel, memulakan lawatan tiga harinya dengan ‘satu delegasi kecil perwakilan daripada syarikat-syarikat, kumpulan industri dan sains,” menurut kementeriannya dalam satu kenyataan.

Gabriel dijangka akan mengadakan rundingan dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani dan beberapa menteri berikutan peristiwa penting perjanjian nuklear pada Selasa.

Pakatan yang lama tertangguh itu ‘meletakkan asas bagi memulihkan semula hubungan ekonomi dengan Iran dalam keadaan bahawa langkah-langkah telah dilakukan ke atasnya kini telah diimplementasikan,” kata Gabriel dalam satu kenyataan.

Sigmar Gabriel dalam gambar fail 17 Julai. - AFP
Sigmar Gabriel dalam gambar fail 17 Julai. – AFP

Ketua Dewan Perundangan Perdagangan dan Industri Jerman, Eric Schweitzer, yang menemani Gabriel, menggelar lawatan itu ‘sebagai tanda menggalakkan’ bagi syarikat-syarikat yang ditegah daripada melakukan perniagaan dengan sumber negeri Teluk yang kaya akibat sekatan Barat.

Schweitzer menyeru syarikat-syarikat Jerman untuk diberi perlindungan perundangan bagi pelaburan akan datang yang dilakukan di Iran jika sekiranya Tehran mencabul syarat-syarat perjanjian nuklear dan satu embargo perdagangan yang akan dikenakan nanti.

“Rangka kerja sebegitu akan memberi syarikat-syarikat lain keselamatan perundangan yang perlu untuk kembali ke Iran,” ujarnya kepada agensi berita dpa.

Iran dan Jerman secara sejarahnya merupakan rakan perdagangan rapat namun perniagaan merosot disebabkan keputusan sekatan itu, menurun hingga 2.4 bilion euro ($2.6 bilion) tahun lepas daripada sekitar lapan bilion euro pada 2003-2004, menurut jumlah Jerman.

Schweitzer mengatakan perdagangan bilateral boleh empat kali ganda dalam masa dua ke tiga tahun sehingga sekitar 10 bilion euro.

Iran memiliki simpanan minyak yang keempat terbesar di dunia dan kedua dalam gas, bermaksud ia memiliki gabungan deposit tenaga terbesar.

Kementerian minyak Iran telah mengumumkan ia berhasrat untuk menarik sekitar $100 bilion pelaburan asing untuk memodenkan sektor, yang sudah lama tidak dibangunkan selama berdekad-dekad.

Bagaimanapun pengkritik menyeru Gabriel untuk tidak lupa akan hak asasi kemanusiaan dalam berlumba-lumba untuk membina hubungan perdagangan. – AFP