Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Arab Mesir Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Salah Mohi Eldin Elwassimy.

Majlis Kunjungan Hormat tersebut berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, di sini.

Hadir sama di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid.

Menurut kenyataan KHEU, kunjungan hormat antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dan bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama seperti pendidikan agama dan hal ehwal Islam.

Salah Mohi Eldin Elwassimy telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Jun 2014 yang lalu dan berpejabat di Kuala Lumpur.

Gambar ramai Yang Berhormat Pehin bersama Duta Besar Republik Arab Mesir dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Tetap KHEU.
Gambar ramai Yang Berhormat Pehin bersama Duta Besar Republik Arab Mesir dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Tetap KHEU.

ARTIKEL YANG SAMA