Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan Menteri Singapura

Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan Menteri Singapura

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hari ini menerima kunjungan Hari Raya daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohammad serta isteri, Puan Jumelah Ja’far di kediaman Yang Berhormat di Kampong Jangsak, pagi tadi.

Tuan Yang Terutama selaku ketua delegasi dan isteri serta rombongan berada di negara ini dalam rangka kunjungan empat hari bermula 19 hingga 22 Julai 2015.

Menyertai rombongan pagi tadi ialah Menteri Negara Pembangunan Nasional Singapura, Tuan Yang Terutama Desmond Lee dan isteri.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam. Kunjungan Tuan Yang Terutama serta ahli rombongan ke negara ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad semasa menerima kunjungan Hari Raya dari Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad semasa menerima kunjungan Hari Raya dari Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli.

ARTIKEL YANG SAMA