Menteri Indonesia dilucut miliki 2 kerakyatan

Menteri Indonesia dilucut miliki 2 kerakyatan

JAKARTA, 16 Ogos – Presiden Indonesia Joko Widodo telah menggugurkan menteri tenaganya lewat kelmarin hanya beberapa minggu selepas mengisi jawatan kabinet penting, berikutan pendedahan orang yang baru dilantiknya itu telah memiliki pasport Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Arcandra Tahar, 46, bekas eksekutif minyak dan gas Houston yang tinggal di AS selama 20 tahun, telah digugurkan sebagai menteri kabinet berikutan beberapa hari kontroversi menyelubungi dua kerakyatannya.

Undang-undang Indonesia tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kewarganegaraan. Seorang warga Indonesia perlu melepaskan kewarganegaraannya ketika mereka memiliki pasport lain.

Arcandra adalah antara enam menteri baru yang dilantik dalam rombakan kabinet pada 27 Julai lepas.

Persoalan tentera kerakyatan Arcandra mula bergolak pada hujung minggu apabila ia diketahui yang dia memiliki pasport AS dan Indonesia.

Tahar memegang kerakyatan AS sejak menjadi warganegara itu empat tahun lalu, namun tidak menyerahkan pasport Indonesianya.

“Untuk bertindak atas persoalan awam berhubung kerakyatan menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Arcandra Tahar, dan selepas memperoleh maklumat daripada beberapa sumber, presiden telah memutuskan untuk menyingkirkan Arcandra Tahar secara baik,” kata Menteri Sekretaris Negara, Pratikno.

Pratikno mengatakan pemecatan Tahar akan berkuat kuasa hari ini dan jawatan menteri itu kini dipangku oleh Menteri Koodinator Maritim Luhut Binsar Pandjaitan sehingga pelantikan baru dibuat, katanya dalam ucapan di televisyen. – AFP/Bernama