Menteri Jepun, China, Korea S akan bertemu

Menteri Jepun, China, Korea S akan bertemu

TOKYO, 22 Ogos – Menteri-menteri luar negeri Jepun, China dan Korea Selatan akan bertemu minggu ini di Tokyo, dengan negara-negara mereka berselisih faham berhubung pertikaian wilayah dan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Negeri Jepun, Fumio Kishida, Wang Yi (China) dan Yun Byung-Se (Korea Selatan) akan menghadiri majlis makan malam pada Selasa sebelum rundingan rasmi pada Rabu, kata kementerian luar negeri Jepun dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka ‘akan membincangkan kerjasama tiga hala serta isu serantau dan global,” katanya.

Antara isu berkenaan sepertinya mengenai Korea Utara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA