Menteri Kabinet angkat sumpah

Menteri Kabinet angkat sumpah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Barisan Menteri-menteri Kabinet yang baru terdiri daripada 11 orang menteri serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah selaku Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Juga berangkat ke majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Baginda Sultan berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Duli Pengiran Muda Mahkota sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. – Infofoto
Baginda Sultan berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Duli Pengiran Muda Mahkota sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. – Infofoto
Duli Pengiran Muda Mahkota ketika mengangkat sumpah dihadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Duli Pengiran Muda Mahkota ketika mengangkat sumpah dihadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menerima watikah pelantikan daripada Baginda Sultan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menerima watikah pelantikan daripada Baginda Sultan.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika menerima watikah pelantikan.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika menerima watikah pelantikan.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali ketika menerima watikah pelantikan.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali ketika menerima watikah pelantikan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menerima watikah pelantikan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menerima watikah pelantikan.
Baginda Sultan, Duli Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berserta para Menteri Kabinet, timbalan menteri, Mufti Kerajaan dan Peguam Negara.
Baginda Sultan, Duli Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berserta para Menteri Kabinet, timbalan menteri, Mufti Kerajaan dan Peguam Negara.

Watikah pelantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Mula-mula mengangkat sumpah ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Ini disusuli oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat; Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika mengangkat sumpah.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika mengangkat sumpah.

Juga mengangkat sumpah sembilan orang timbalan menteri. Mendahului mengangkat sumpah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof; Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri Pembangunan Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Juga hadir Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA