Menteri Kesihatan ketuai rombongan Dikir

Menteri Kesihatan ketuai rombongan Dikir

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Rombongan Kementerian Kesihatan, hari ini, telah meneruskan Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W dengan tumpuan kali ini di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Rombongan telah diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta penduduk Kampung Jerudong.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan majlis berdikir dan diteruskan lagi dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan. - Gambar Muiz Matdani
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan. – Gambar Muiz Matdani

Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan kementerian dalam sama-sama menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam serta memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum ini, majlis yang sama juga telah diadakan pada 15 Disember lalu di Masjid Jubli Perak Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak, yang dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

ARTIKEL YANG SAMA