Menteri Kesihatan terima kunjungan hormat

Menteri Kesihatan terima kunjungan hormat

Gambar oleh Azlan Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Kementerian Kesihatan, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada rombongan Menteri Negara Singapura bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan Kesihatan, Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat di ibu pejabat kementerian berkenaan.

Tuan Yang Terutama dan rombongan dialu-alukan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Doktor Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua pengarah dan pengarah-pengarah di Kementerian Kesihatan.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin berpeluang bertukar-tukar pendapat dengan Tuan Yang Terutama mengenai isu-isu semasa kesihatan dalam dan luar negara.

Menteri Kesihatan menerima kunjungan muhibah Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat.
Menteri Kesihatan menerima kunjungan muhibah Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat.

Kedua-dua menteri juga berbincang mengenai perlaksanaan memorandum persefahaman di antara kedua-dua buah negara iaitu dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan khususnya dalam peningkatan kapasiti profesional kesihatan serta kerjasama dalam bidang promosi kesihatan iaitu dalam pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

Selain itu, taklimat ringkas pengenalan mengenai fungsi dan peranan organisasi Kementerian Kesihatan turut disampaikan oleh Pengarah Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan. Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama berserta rombongan juga berkesempatan melihat secara dekat ke Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan dan seterusnya diikuti dengan sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA