Menteri kewangan G7 bertemu di Dresden

Menteri kewangan G7 bertemu di Dresden

DRESDEN, Jerman, 28 Mei (AFP) – Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat negara paling kaya Kumpulan Tujuh (G7) berkumpul di Dresden hari ini untuk membincangkan ekonomi global, pengelakan cukai, serta krisis Greece.

Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble dan rakan sejawatan dari Britain, Kanada, Perancis, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) memulakan mesyuarat tiga hari dengan majlis ringkas pada petang semalam di Frauenkirche, Dresden, sebelum mereka dijadualkan memulakan rundingan hari ini.

Gereja Frauenkirche hampir dimusnahkan dalam pengeboman Dresden oleh sekutu Britain dan AS ketika Perang Dunia Kedua dan saki-baki runtuhan ditinggalkan sebagai satu peringatan peperangan lebih daripada 50 tahun lamanya. Namun ia adalah satu pembinaan yang sukar ekoran penyatuan Jerman dan ditakdiskan semula pada tahun 2005. Jerman kini memegang jawatan presiden G7 dan telah berusaha untuk menekankan bahawa krisis Greece tidak ada dalam agenda. Berlin menegaskan G7 bukannya forum yang betul untuk dosir Greece, sekurang-kurangnya disebabkan Athens sendiri tidak diwakili.

Namun dengan semua peserta utama hadir – terutamanya ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa Christine Lagarde, presiden Eurogroup Jeroen Dijsselbloem, ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi dan pesuruhjaya hal ehwal mata wang EU Pierre Moscovici – adalah satu khayalan untuk mempercayai bahawa subjek tersebut tidak akan ditimbulkan.

Menteri-menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat menghadiri simposium ‘Ke arah Ekonomi Global Dinamik’ semasa sidang kemuncak G7 di Istana Chapel of Residenzschloss di Dresden, timur Jerman pada 28 Mei. – AFP
Menteri-menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat menghadiri simposium ‘Ke arah Ekonomi Global Dinamik’ semasa sidang kemuncak G7 di Istana Chapel of Residenzschloss di Dresden, timur Jerman pada 28 Mei. – AFP

Tambahan pula, Athens telah mengisytiharkan sebelum itu bahawa ia hampir-hampir mencapai satu perjanjian pinjaman dengan pemiutangnya yang akan membuka pinjaman jaminan yang amat diperlukan untuk ekonominya. Namun, tuan rumah G7 Schaeuble menafikan terdapatnya mana-mana kejayaan baru.

Perbincangan “masih belum mencatat kemajuan besar,” beritahunya kepada televisyen awam Jerman ARD pada petang semalam, menambah beliau “juga agak terkejut bahawa Athens sentiasa berkata perjanjian akan dicapai tidak lama lagi.”

ARTIKEL YANG SAMA