Menteri kewangan Greece letak jawatan

Menteri kewangan Greece letak jawatan

ATHENS, 6 Julai (AFP) – Menteri Kewangan Greece Yanis Varoukis hari ini berkata dia telah meletak jawatan, dalam satu pengumuman yang mengejutkan walaupun pihak kerajaan telah memperoleh kemenangan membanggakan untuk undian ‘Tidak’ dalam pungutan suara negara tersebut terhadap syarat-syarat jaminan.

“Sejurus selepas pengumuman keputusan referendum, saya telah dimaklumkan tentang keutamaan tertentu oleh peserta-peserta Eurogroup, dan pelbagai ‘rakan kongsi’, tentang ‘ketiadaan’ saya ketika mesyuaratnya,” Varoufakis, yang telah sering bertelagah dengan pemiutang-pemiutang dalam beberapa rundingan sejak beberapa bulan lepas, berkata pada blognya selepas mengumumkan berita tersebut di Twitter.

Ia adalah “satu idea yang mana Perdana Menteri menilai ia akan berpotensi berguna padanya dalam mencapai persetujuan.

Untuk sebab ini saya meninggalkan Kementerian Kewangan hari ini,” katanya.

Dia memberi amaran keputusan referendum tersebut yang dilihat lebih 60 peratus warga Greece mengundi untuk menolak langkah penjimatan dituntut oleh pemiutang antarabangsa “datang dengan tag harga yang besar…seperti semua perjuangan untuk hak-hak demokratik.”

Bekas menteri kewangan Greece dikerumuni media apabila dia meninggalkan Kementerian Kewangan di Athens. – Reuters
Bekas menteri kewangan Greece dikerumuni media apabila dia meninggalkan Kementerian Kewangan di Athens. – Reuters

“Modal besar tersebut dikurniakan kepada kerajaan kami” mesti “dilaburkan terus kepada YA untuk penyelesaian yang betul,” katanya, menggesa untuk satu kesepakatan yang melibatkan “penstrukturan semula hutang, kurang penjimatan, pengagihan semula kepada golongan yang memerlukan, dan pembaharuan sebenar.”

Varoukis yang berterus terang dan menonjol, telah menghantar gegaran melalui Eurogroup sejak pelantikannya pada Januari dengan keengganannya untuk tunduk kepada konvensyen, berkata: “Saya akan memakai kebencian pemiutang dengan bangga.”