Menteri luar India jalani rawatan dialisis

Menteri luar India jalani rawatan dialisis

NEW DELHI, 16 Nov – Menteri Luar Negeri India, Sushma Swaraj berkata hari ini yang beliau sedang dirawat bagi masalah kegagalan buah pinggang dan menjalani ujian bagi kemungkinan pemindahan.

Swaraj, 64, salah seorang ahli politik perempuan yang terkenal di India dan pemimpin veteran pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP), mentweet bahawa beliau sedang menjalani dialisis di sebuah hospital swasta di New Delhi.

“Saya berada di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) disebabkan kegagalan buah pinggang. Pada masa ini, saya sedang menjalani dialisis,” katanya dalam akaun Twitter, yang memiliki lebih 6.5 juta pengikut.

“Saya akan menjalani ujian bagi pemindahan buah pinggang….”

Agensi berita Press Trust of India berkata Swaraj, yang mengalami tahap diabetes kronik telah dimasukkan ke AIIMS pada 7 November.

Jutaan warga India menderita penyakit buah pinggang, terutamanya disebabkan kadar diabetes yang tinggi.

Namun negara itu yang memiliki kadar rendah pendermaan organ dan kekurangan organ bagi pemindahan telah merangsang pasaran gelap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA