Menteri Luar Iran mengadap DPMM

Menteri Luar Iran mengadap DPMM

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Javad Zarif, dan isteri, Puan Ashraf Imaniye.

pg03_160310_c

Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Duta Besar Republik Islam Iran ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri dan isteri, Puan Fatemah Fekri.

Majlis mengadap tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Majlis tersebut berlangsung di Qashr AI-Meezaan.

ARTIKEL YANG SAMA