Menteri Luar Korea S lawat Jepun

Menteri Luar Korea S lawat Jepun

TOKYO, 21 Jun (AFP) – Menteri Luar Korea Selatan Yun Byung-Se tiba di Jepun hari ini untuk lawatan pertamanya sejak memegang jawatan itu, tatkala kedua-dua negara meraikan 50 tahun hubungan diplomatik meskipun ketegangan yang dialami baru-baru ini.

Yun mengadakan pertemuan dengan Fumio Kishida di rumah tetamu kerajaan pada lewat hari ini untuk membincang hubungan dua hala mereka, Korea Utara dan topik lain, kata kementerian luar negeri Tokyo. Sementara butiran mengenai mesyuarat mereka belum lagi diberikan, rakaman televisyen menunjukkan kedua-duanya berjabat tangan semasa sesi pembukaan.

Esok, Yun akan menghadiri satu majlis di kedutaan Korea Selatan untuk merai setengah abad sejak hubungan di antara Tokyo dan Seoul dipulihkan.

Yun juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Perdana Menteri Shinzo Abe esok, menurut laporan media. Yun dan Kishida mengadakan rundingan pada Mac di Seoil, tetapi Yun belum berkunjung ke Jepun sejak dilantik pada 2013.

Hubungan telah terjejas teruk akibat pertengkaran mengenai sejarah dan wilayah, dan Abe dan Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye masih belum mengadakan sidang kemuncak sejak mereka menjadi pemimpin.

Yun Byung-Se (kiri) berjabat tangan dengan Menteri Luar Negeri Jepun, Fumio Kishida di rumah tetamu kementerian luar negeri, Tokyo. – AFP
Yun Byung-Se (kiri) berjabat tangan dengan Menteri Luar Negeri Jepun, Fumio Kishida di rumah tetamu kementerian luar negeri, Tokyo. – AFP

Park berkata mesyuarat tidak boleh diadakan sehingga Jepun menebus kesilapannya terhadap sistem perhambaan seks ketika perang, yang melihat 200,000 ‘wanita penghibur’ Korea Selatan dipaksa menjadi hamba untuk tentera Maharaja Jepun.

Menurut akhbar Nikkei, Jepun, China dan Korea Selatan masing-masing sedang menimbang untuk mengadakan sidang kemuncak tiga pihak pada musim luruh ini. Tokyo dan Seoul menganggap mesyuarat tiga pihak sebagai satu peluang untuk Abe dan Park untuk mengadakan sidang kemuncak pertama mereka, dan dijangka dibincangkan ketika mesyuarat pada hari ini, kata akhbar.

Park berkata dalam satu temu ramah dengan akhbar Washington Post bahawa ‘terdapatnya kemajuan besar mengenai isu wanita penghibur’ dan kedua-dua negara ‘berada dalam peringkat terakhir’ rundingan Tokyo-Seoul.

ARTIKEL YANG SAMA