Menteri Luar Korea Selatan akan lawat Jepun

Menteri Luar Korea Selatan akan lawat Jepun

SEOUL/TOKYO, 17 Jun (Reuters) – Menteri Luar Korea Selatan Yun Byung-se akan melawat Tokyo pada hari Ahad, lawatan pertamanya dalam tempoh empat tahun ketika sekutu-sekutu AS membuat persediaan bagi memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan di tengah kedinginan kerana persengketaan masa lalu sewaktu peperangan.

Yun akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun Fumio Kishida pada Ahad ini dan menghadiri satu majlis di kedutaan Korea Selatan pada hari berikutnya, ulang tahun perjanjian 1965 yang menjalin hubungan diplomatik, menurut kementerian luar Korea Selatan hari ini. Lawatan itu secara serentak diumumkan di Tokyo.

Hubungan antara Jepun dan Korea Selatan telah dingin, terutamanya kerana pertikaian berhubung legasi Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun ke atas semenanjung Korea pada tahun 1910-1945.

Isu ‘wanita peneman’ yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketenteraan Jepun sewaktu peperangan adalah ungkapan lembut yang dikenali di Jepun, terutamanya begitu sensitif. Negara berjiran itu juga terlibat dalam pertikaian berhubung kepulauan kecil yang terletak di antara kedua-duanya.

Para pegawai AS menggesa mereka memulihkan hubungan ketika AS dan sekutu-sekutunya di Asia itu menghadapi cabaran meningkat dari China yang semakin mendesak dan Korea Utara yang tidak dapat dijangka.

Dalam satu temu bual dengan Washington Post minggu lalu, Presiden Korea Selatan Park Geun-hye berkata ada ‘kemajuan besar’ berhubung isu wanita itu yang dipaksa bekerja sebagai pelacur, dan kedua belah pihak ‘dalam peringkat terakhir rundingan’.

Beliau tidak mengulas lanjut. Para pegawai Korea Selatan berkata ada ‘kemajuan bermakna’ dalam rundingan peringkat tertinggi antara kedua-dua negara berhubung wanita-wanita itu.

ARTIKEL YANG SAMA