Menteri luar Syria adakan kunjungan ke India

Menteri luar Syria adakan kunjungan ke India

NEW DELHI, 11 Jan (AFP) – Menteri luar negeri Syria tiba di New Delhi hari ini bagi menghadiri rundingan dengan rakan sejawatannya India, cuba untuk membina sokongan antarabangsa buat kerajaan Presiden Bashar al-Assad sebelum rundingan damai di Geneva.

Walid Muallem akan menemui Sushma Swaraj dan ‘pegawai kerajaan lain’ semasa lawatan rasmi tiga hari itu, menurut jurucakap kementerian luar negeri, Vikas Swarup memberitahu AFP.

Rundingan damai antara kerajaan Assad dan pembangkang Syria itu dijangka bermula pada 25 Januari sebagai sebahagian daripada pelan hebat 18 bulan yang disokong oleh Majlis Keselamatan PBB.

Lebih 260,000 orang telah meninggal dunia sejak perang saudara kejam Syria meletus pada Mac 2011, dan usaha sebelumnya untuk mencari penyelesaian politik kepada perang yang gagal.

Walid Muallem (tengah) tiba di Lapangan Terbang Indira Gandhi di bandar New Delhi, India pada 11 Januari. – AFP
Walid Muallem (tengah) tiba di Lapangan Terbang Indira Gandhi di bandar New Delhi, India pada 11 Januari. – AFP

Pelan yang disokong PBB itu meramalkan gencatan senjata pantas, dan menyeru bagi rundingan yang akan membawa kepada ‘penubuhan badan memerintah peralihan terangkum dengan kuasa-kuasa eksekutif penuh’ dalam enam bulan, walaupun ia secara tidak langsung menyatakan mengenai takdir Assad.

Penganalisis mengatakan lawatan menteri Syria ke India, diikuti lawatan ke Rusia dan China, adalah satu percubaan untuk membina sokongan antarabangsa bagi presiden Syria, yang disokong oleh Rusia.

“Faktanya yang menteri luar negeri Syria mengunjungi India adalah petunjuk jelas bahawa India menyokong dan telah memberi pengesahan kepada kerajaan Assad,” kata Ranjit Gupta, seorang penganalisis bebas dan bekas duta India.