Menteri Pakistan terbunuh dalam satu letupan

Menteri Pakistan terbunuh dalam satu letupan

LAHORE, Pakistan, 17 Ogos (Reuters) – Sebutir bom membunuh menteri wilayah Pakistan dan sekurang-kurangnya lapan orang lain apabila ia memusnahkan kediaman menteri semalam di kawasan tengah politik Perdana Menteri Nawaz Sharif di Punjab.

Polis berkata letupan nampaknya satu serangan berani mati, dilancarkan ketika menteri dalam negeri Punjab Shuja Khanzada mengadakan satu mesyuarat di kampung halamannya di Attock di kawasan utara negara.

“Terdapat di antara 20 dan 30 orang yang hadir apabila letupan berlaku,” beritahu pegawai maklumat Daerah Shahzad Niaz kepada Reuters. “Bumbung roboh.”

Salman Rafiq, penasihat kesihatan wilayah Punjab, mengesahkan Khanzada terbunuh. Pekerja menyelamat di tempat kejadian berkata sembilan mayat telah ditemui setakat ini.

Pakistan, sebuah negara bersenjatakan nuklear dengan 190 juta penduduk, dibelenggu oleh pemberontakan Taliban, geng penjenayah dan keganasan sektarian. Punjab merupakan wilayah terbesar dan terkayanya.

Beberapa aktivis menunjukkan perasaan mereka berikutan terbunuhnya seorang menteri Pakistan dalam satu serangan bom. – AFP
Beberapa aktivis menunjukkan perasaan mereka berikutan terbunuhnya seorang menteri Pakistan dalam satu serangan bom. – AFP

Satu kumpulan militan Lashkar-e-Islam, mendakwa bertanggungjawab atas serangan dan berkata ia adalah serangan balas terhadap operasi tentera.

“Serangan sedemikian akan berterusan pada masa depan,” beritahu jurucakapnya Saluddin Ayubi kepada Reuters.

Masih tidak jelas sama ada Lashkar-e-Islam, berpangkalan di kawasan puak di sempadan Afghanistan, telah melancarkan serangan atau hanya mahu mendapat pujian.

Jika dakwaan adalah benar, pengeboman akan mewakili perkembangan besar dalam keupayaan kumpulan untuk menyerang pada sasaran peringkat tinggi. Serangan besar seumpama itu biasanya lebih merupakan ciri-ciri Taliban atau kumpulan sektarian yang diharamkan Lashkar-e-Jhangvi.

Satu lagi gerakan militan, kumpulan serpihan Taliban Pakistan yang menggelar dirinya Jamaatul Ahrar, juga mendakwa bertanggungjawab.

ARTIKEL YANG SAMA