Menteri Pembangunan tandatangani buku takziah

Menteri Pembangunan tandatangani buku takziah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, menandatangani buku takziah bagi Bekas Presiden India, Tuan Yang Terutama Dr A.P.J. Abdul Kalam yang meninggal dunia pada 27 Julai yang lalu. Ketibaan Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi di Suruhanjaya Tinggi India di Jalan Sungai Akar dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi.

Dr. Amrohi dalam temu bual ringkas bersama Anugerah Pekerja contoh profesional dan eksekutif, diterima oleh Polycarp Ng Yun Choi mengenai Dr A.P.J Abdul Kalam, berkata bahawa Allahyarham merupakan seorang yang amat berpengalaman dan rendah diri serta gemar untuk beramah-mesra dengan rakyat dan penduduk India sehingga beliau digelar sebagai Presiden Rakyat.

Menurutnya lagi, Allahyarham merupakan seorang pendidik yang amat mengambil berat mengenai pendidikan rakyat India dan setelah menamatkan tempohnya sebagai Presiden India, beliau terus menghabiskan masanya menyampaikan syarahan.

Pada 27 Julai lalu, Allahyarham sedang menyampaikan syarahan di Indian Institute of Management, Shillong, apabila mengalami serangan sakit jantung dan meninggal dunia.

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi menandatangani buku takziah sambil disaksikan oleh TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi menandatangani buku takziah sambil disaksikan oleh TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi.