Menteri Pendidikan terima kunjungan muhibah

Menteri Pendidikan terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, kelmarin, telah menerima kunjungan muhibah daripada Rektor Universiti Teknologi MARA Sarawak, Yang Berbahagia Prof Dato Dr Jamil bin Haji Hamali, dan Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Yang Berbahagia Datuk Dr Abdul Kadir bin Haji Rosline.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Rektor Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan itu adalah untuk meneroka peluang-peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua buah negara di antaranya dalam bidang penyelidikan dan institut pengajian tinggi.

Selain itu, mereka turut membincangkan kerjasama di antara UNISSA dengan UiTM Sarawak dan UiTM Sabah yang mana salah satunya adalah untuk mengadakan satu konferensi antarabangsa yang akan diadakan pada bulan September ini.

Yang Berhormat Pehin bersama Rektor UiTM Sarawak dan Sabah.
Yang Berhormat Pehin bersama Rektor UiTM Sarawak dan Sabah.

ARTIKEL YANG SAMA