Menteri perdagangan Pasifik gagal sepakat

Menteri perdagangan Pasifik gagal sepakat

ATLANTA, 4 Okt (AFP) – Menteri-menteri perdagangan dari 12 negara Lingkaran Pasifik gagal sekali lagi untuk mencapai satu perjanjian mengenai bidang perniagaan bebas dan akan bertemu sekali lagi hari ini dalam usaha untuk memeterai satu perjanjian.

Menteri-menteri mula bertemu lewat semalam dengan harapan mencapai satu kejayaan besar, tetapi rundingan di Atlanta berakhir hanya selepas 15 minit, tanpa mencatat sebarang kemajuan.

“Isu utama adalah biologi dan perniagaan tenusu, di antara AS dan Kanada dan New Zealand. Isu kereta kebanyakannya sudah diselesaikan,” kata seorang pegawai Asia selepas mesyuarat.

Pegawai berkata hari ini merupakan peluang terakhir untuk pencapaian perjanjian, dengan menteri ekonomi Jepun Akira Amari dijangka kembali di Tokyo untuk menghadiri satu rombakan cabinet dan yang lainnya berkunjung ke Istanbul untuk mesyuarat G20 esok.

Menteri-menteri telah pun bertemu sejak Rabu dan menemui kebuntuan mengenai dua masalah yang sama: tuntutan AS untuk perlindungan paten yang lebih lama berbanding yang diterima pada lazimnya untuk biologi, ubat yang diperolehi daripada bahan hidup.

Isu lain adalah satu desakan oleh New Zealand dan Amerika Syarikat untuk membuka pasaran Kanada dan Jepun untuk mengimport lebih banyak produk tenusu.

ARTIKEL YANG SAMA