Menteri Pertahanan ASEAN meterai Deklarasi Bersama

Menteri Pertahanan ASEAN meterai Deklarasi Bersama

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN semalam memeterai Deklarasi Bersama Menggalakkan Kerjasama Pertahanan dengan kata sepakat untuk memerangi semua bentuk keganasan dalam mewujudkan komuniti perkumpulan 10 negara serantau yang dinamik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama tersebut turut melibatkan perkongsian maklumat dan perisikan, kebolehlaksanaan operasi bersepadu serta meningkatkan keyakinan dan inisiatif membina keupayaan. – Bernama