Menteri Perta...

Menteri Pertahanan Ivory Coast dibebaskan

BOUAKE, Ivory Coast, 8 Jan – Tentera pemberontak lewat kelmarin telah membebaskan Menteri Pertahanan Ivory Coast Alain Richard Donwahi selepas menahan beliau selama dua jam.

Donwahi, yang terbang ke bandar kedua negara barat Afrika Bouake awal kelmarin dalam usaha untuk meredakan krisis yang semakin meningkat, telah dibawa keluar pesawat dari lapangan terbang tempatan sejurus selepas beliau dibebaskan, kata seorang jurugambar AFP.

Presiden Alassane Ouattara telah mengumumkan satu perjanjian untuk menamatkan pertikaian kelmarin, diikuti dengan rundingan antara Donwahi dan tentera, yang mengambil tempat di Bouake awal Jumaat.

Bagaimanapun, kumpulan tentera itu menolak syarat rundingan pada awalnya, dengan melepaskan tembakan menggunakan raifal Kalashnikov dan senjata berat lain di luar pejabat rundingan itu diadakan, bagi mengelak menteri berkenaan dan pegawainya meninggalkan premis berkenaan.

Ivory Coast, pengeluar koko utama di dunia, telah mencetuskan pergolakan selama dua hari selepas tentera menyekat laluan jalan Bouake pada awal Jumaat, menembak roket pelancar dan menakutkan penduduk, dalam pemberontakan yang merebak ke bandar-bandar lain termasuk ibu negeri ekonomi Abidjan.

Askar-askar telah menuntut bonus, kenaikan gaji dan perumahan.

Bouake merupakan ibu pejabat pemberontakan bersenjata yang berlaku pada tahun 2002 dan mencetuskan satu dekad pertempuran dan krisis. – AFP