Menteri Pertahanan Mali dipecat

Menteri Pertahanan Mali dipecat

BAMAKO, 4 Sept – Menteri Pertahanan Mali, Tieman Hubert Coulibaly dipecat pada Sabtu selepas kumpulan berani mati menguasai bandar di tengah negara itu, kata pegawai kepada AFP.

Dekri yang dikeluarkan oleh kerajaan menyatakan bahawa jawatannya telah dibatalkan selepas militan meningkatkan serangan di pusat negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menyasarkan kemudahan-kemudahan kerajaan dan tentera. Sementara itu, seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan memberitahu AFP, keputusan itu dibuat “selepas gelombang kehilangan keyakinan di tengah Mali”, merujuk kepada rampasan berani mati dari bandar Boni Jumaat lalu dan serangan ke atas pusat pangkalan tentera Mali di Kampala yang mengorbankan beberapa orang askar pada bulan Julai.

Tentera Mali kelmarin kembali menguasai Boni, yang merupakan kediaman kepada beberapa ribu orang, yang mana kumpulan berani mati telah melarikan diri dengan seorang pegawai tempatan sebagai tebusan. Militan melepaskan tembakan pada bangunan-bangunan pentadbiran dan membakar pejabat Datuk Bandar, membawa tentera untuk menarik balik tenteranya dari kawasan itu.

“Kumpulan pengebom berani mati itu telah meninggalkan Boni pada malamnya dan hari ini sekitar jam 8 pagi (0800 GMT), tentera Mali kembali untuk mengambil alih bandar,” kata sumber keselamatan Mali memberitahu AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA