Menteri Pertahanan meninggal di Perancis

Menteri Pertahanan meninggal di Perancis

HANOI, 20 Julai – Menteri Pertahanan Vietnam meninggal dunia hari ini di hospital Perancis tatkala menerima rawatan kerana penyakit barah, menurut sumber tentera.

Jeneral Phung Quang Thanh, yang berusia 66 tahun, dianggap sebagai bintang sedang meningkat dalam parti Komunis Vietnam sebelum menderita penyakit barah. Mendiang meninggal dunia di Hospital Georges Pompidou, sumber tentera memberitahu dpa.

Bagaimanapun sumber itu enggan dikenali kerana beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Khabar angin mengenai penyakit dideritai Thanh mula beredar ekoran ketidakhadirannya dalam beberapa acara membabitkan pasukan tentera.

Pada awal Julai, Pham Gia Khai, seorang anggota Lembaga Perlindungan dan Penjagaan Kesihatan Pegawai Peringkat Pusat, mengesahkan bahawa Thanh sudah pulih daripada pembedahan ketumbuhan paru-paru di Perancis. Beliau berkata keadaan jeneral pada umumnya bagus dan akan kembali ke Vietnam dalam tempoh dua minggu. Thanh dianggap sebagai calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatan presiden Vietnam pada kongres parti yang akan datang, kata sumber-sumber. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA