Menteri sukan Perancis persoalkan jawatankuasa etika FIFA

Menteri sukan Perancis persoalkan jawatankuasa etika FIFA

PARIS, 23 Dis (Reuters) – Menteri sukan Perancis mempersoalkan kesahihan Jawatankuasa Etika FIFA semalam selepas ia mengenakan pengharaman selama lapan tahun yang dilihat menamatkan peluang pesaingnya Michel Platini menjadi ketua badan bola sepak dunia itu.

Presiden FIFA, Sepp Blatter dan Platini, ketua badan induk bola sepak Eropah, keduanya digantung pada Isnin lalu ekoran pembayaran 2 juta Swiss francs (AS$2 juta) dibuat kepada Platini dengan kelulusan Blatter pada 2011 bagi tugasan yang dilakukan sedekad sebelumnya.

Jawatankuasa itu berkata pembayaran tersebut, yang dibuat ketika Blatter berusaha mendapatkan pemilihan semula, kekurangan ketelusan dan menghasilkan konflik kepentingan, walaupun keduanya menafikan sebarang salah laku.

Menteri Sukan Perancis, Patrcik Kanner berkata dia masih menyokong Platini, calon pilihan untuk menggantikan Blatter sehingga dia digantung, dan mempersoalkan sama ada dia diberikan pendengaran adil. Platini berkata “sabotaj prosedur” sekarang menghalang laluannya bagi pilihan raya.

Kanner memberitahu radio Europe 1: “Kami tahu dengan jelas Jawatankuasa Etika FIFA, begitu rapat kepada bekas pengurus…

“Saya kecewa kerana Michel Platini diburu. Adakah dia mampu untuk membela dirinya di bawah keadaan yang adil? Saya tidak yakin.”

Jawatankuasa Etika mengendalikan FIFA secara bebas; ahlinya dilantik oleh Kongres FIFA dan bukanlah ahli bagi mana–mana jawatankuasa yang ada.

Blatter sendiri mendakwanya pada Isnin lalu melebihi kuasanya, dan ibu pejabat FIFA hanya mengeluarkan pengetahuan ringkas kenyataan jawatankuasa.

Platini adalah wira bola sepak di Perancis, setelah mengetuai negaranya kepada dua separuh akhir Piala Dunia dan memenanginya pada 1984 dalam kejuaraan Eropah, begitu juga membantu menganjurkan Piala Dunia 1998 di negaranya, di mana Perancis juga mencatatkan kemenangan.

Dia berikrar pada Isnin lalu untuk menentang penggantungannya di Mahkamah Timbang Tara Sukan dan mendapatkan kerugian sivil.

ARTIKEL YANG SAMA