Menteri Thai gesa ‘sekatan sosial’ bagi pengkritik raja

Menteri Thai gesa ‘sekatan sosial’ bagi pengkritik raja

BANGKOK, 18 Okt – Thai seharusnya ‘menyekat secara sosial’ mereka yang dituduh memfitnah raja berikutan kematian Raja Bhumibol Adulyadej, menteri keadilan junta mengatakan hari ini, ketika berikrar untuk memburu pengkritik di dalam dan luar negara.

Kematian raja paling lama di atas takhta pada Khamis lalu menyaksikan negara itu meratapi kehilangan tunggak perpaduannya dan perkabungan besar-besaran rakyat Thailand yang mengenakan pakaian hitam.

Namun ia juga melahirkan kumpulan tegar diraja, termasuk gerombolan dan pejuang online yang cenderung menghukum sesiapa sahaja dianggap menghina raja. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA