Menteri tinjau pelajar sekolah

Menteri tinjau pelajar sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Lawatan ke sekolah-sekolah bagi melihat kelancaran persediaan sekolah dan para pelajar diteruskan lagi hari ini ke Sekolah Rendah Pintu Malim Kluster 1 dan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kluster 4.

Lawatan diketuai Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar serta rombongan itu mula-mula meninjau Sekolah Rendah Pintu Malim Kluster 1.

Ketibaan Yang Berhormat Pehin dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar, Hajah Azizah binti Haji Abdul Rahman dan Ketua Kluster 1, Dayang Marina Chek Bujang.

Semasa berada di Sekolah Rendah Pintu Malim, Kluster 1, Yang Berhormat Pehin dan rombongan dibawa melawat ke bilik Pendidikan Khas, melihat sesi pengajaran di beberapa buah bilik darjah iaitu Bahasa Melayu di Tahun 4A, Bahasa Inggeris di Tahun 1, Matematik di Tahun 5C dan Mata pelajaran Sains di Tahun 5B. Semasa berada di bilik darjah berkenaan Yang Berhormat Pehin dan rombongan turut berinteraksi bersama guru-guru dan para pelajar.

Turut diberikan perhatian oleh Yang Berhormat Pehin ialah pelajar-pelajar yang menerima bantuan di sekolah tersebut.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom berinteraksi dengan pelajar-pelajar SR Pintu Malim semasa lawatan mereka kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom berinteraksi dengan pelajar-pelajar SR Pintu Malim semasa lawatan mereka kelmarin.
Yang Berhormat Pehin meninjau aktiviti kelas SR Dato Mohd Yasin.
Yang Berhormat Pehin meninjau aktiviti kelas SR Dato Mohd Yasin.
Yang Berhormat Pehin melihat buku teks pelajar di SR Pintu Malim.
Yang Berhormat Pehin melihat buku teks pelajar di SR Pintu Malim.

Pada tahun ini Sekolah Rendah Pintu Malim, Kluster 1 mempunyai keramaian 279 orang pelajar dan seramai 32 orang tenaga pengajar.

Manakala dalam lawatan ke Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kluster 4, Yang Berhormat Pehin dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar, Hajah Sarimah binti Haji Awang Bakir dan Ketua Kluster 1,Hajah Mariam binti Ladi.

Ketika berada di sekolah ini, Yang Berhormat Pehin dan rombongan membuat lawatan bangunan pra sekolah, Bahasa Inggeris Tahun 6D, dan pembelajaran Matematik Tahun 6A, pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 6C dan Bahasa Melayu Tahun 5B.

pg05_160107_h

pg05_160107_i

Rombongan juga dibawa melawat ke perpustakaan sekolah dan menyaksikan sesi pengajaran di Tahun 1C. Ketika berada di dalam bilik darjah yang dilawati Yang Berhormat Pehin dan rombongan turut beramah mesra bersama para pelajar.

Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kluster 4 mempunyai seramai 576 pelajar dan seramai 44 orang tenaga pengajar.

Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pendidikan Awang Zaman bin Haji Gapar, Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah, Dayang Nadia Lee Siew Hoon Abdullah, pemangku pengarah kenaziran dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA