Menteri Ugama terima kunjungan duta

Menteri Ugama terima kunjungan duta

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, baru-baru ini menerima kunjungan hormat dua ketua perwakilan luar negara yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.

Mereka ialah Duta Besar Jepun ke Brunei Puan Yang Terutama Noriko Iki dan Duta Besar Republik Korea ke Brunei Tuan Yang Terutama Cho Won Myung.

Kunjungan hormat itu yang diadakan secara berasingan berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas. Kunjungan hormat itu merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan lagi persefahaman serta kerjasama yang erat di antara kedua-dua buah negara dan merupakan satu wadah untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Juga hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad bergambar bersama Duta Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki.
Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad bergambar bersama Duta Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki.

ARTIKEL YANG SAMA