Menu baru McDonald’s Brunei

Menu baru McDonald’s Brunei

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Bersempena bulan Ramadan ini, Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd yang menaungi restoran makanan segera McDonald’s Brunei baru-baru ini telah menampilkan menu terbarunya iaitu ‘Lazeez Foldover Chicken’ yang kini boleh didapati di McDonalds, Gadong.

Hidangan ini menampilkan dua keping pati ayam panggang dan disaluti dengan sos bawang putih bersama salad sagar, potongan bawang dan tomato, yang dibalut dengan roti Arab nipis.

Lazeez ini boleh didapati secara set dengan minuman teh ais Lemon dan kentang goreng atau secara a la carte.

Bagi para pelanggan yang berminat, bolehlah berkunjung ke McDonalds Gadong selagi stok masih ada.

Lazeez Foldover Chicken yang boleh didapati sekarang.
Lazeez Foldover Chicken yang boleh didapati sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA