Menu eksklusif Ramadan

Menu eksklusif Ramadan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini, restoran Fish & Co. menyajikan menu eksklusif dengan tema Graceful Ramadhan Sungkai Platters untuk pelanggan yang berbuka puasa di restoran berkenaan.

Di bawah tema ini, restoran makanan laut itu menyajikan lima jenis set hidangan iaitu set kambing Briyani terdiri daripada sayuran dhal, acar, telur, papadum dan kepingan daging kambing.

Set rendang ayam pula menampilkan ayam rendang dengan nasi paella, nanas Pachri dan keropok udang.

Sementara itu, set Titanic yang popular setiap kali bulan Ramadan, boleh dinikmati oleh empat orang dengan hidangan kambing gril, ayam BBQ, udang gril, udang goreng, fish fingers, Calamari goreng dan ubi kentang.

Antara set-set hidangan dalam menu eksklusif Ramadan di Fish & Co. sepanjang bulan suci ini.
Antara set-set hidangan dalam menu eksklusif Ramadan di Fish & Co. sepanjang bulan suci ini.

Kesemua hidangan ini disediakan dengan satu jag minuman bandung dan kurma.

Semasa Ramadan ini, Fish & Co. menjalankan perniagaan mereka dari pukul 3 petang hingga 10.30 malam yang hanya menyediakan hidangan secara bawa balik dan akan beroperasi seperti biasa selepas sungkai.

ARTIKEL YANG SAMA