Menu terbaru Secret Recipe sempena pembukaan cawangan

Menu terbaru Secret Recipe sempena pembukaan cawangan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Bersempena dengan pembukaan cawangan terbarunya di Kompleks Centrepoint, Gadong, Restoran Secret Recipe, hari ini, telah melancarkan menu terbarunya iaitu ‘Shinjuku Bake’ yang boleh didapati dalam empat perisa.

Empat perisa menu baru berkenaan adalah ‘Shinjuku Maple Bake’, ‘Shinjuku Nutella Bake’, ‘Shinjuku Caramel Bake’ dan ‘Shinjuku Chocolate Bake’ yang masing-masing disertakan dengan dua skop ais krim vanila dan krim.

Pengarah Urusan Marrybrown, Thomson Tan semasa ditemui, hari ini, mengenai cawangan terbaru Secret Recipe itu menjelaskan, cawangan yang terletak di Kompleks Centrepoint ini unik kerana ia mempunyai wajah baru yang berkonsepkan santai dan tenang.

Suasana Restoran Secret Recipe yang bertempat di Kompleks Centrepoint, Gadong.
Suasana Restoran Secret Recipe yang bertempat di Kompleks Centrepoint, Gadong.
Hidangan Shinjuku Bake yang boleh didapati sekarang.
Hidangan Shinjuku Bake yang boleh didapati sekarang.

Jelasnya lagi, bagi cawangan ini juga, waktu beroperasi akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 pagi dan kesemua cawangan yang lain juga akan melalui proses pengubahsuaian mengikut reka bentuk di cawangan terbaru itu.

Di samping itu juga, Secret Recipe turut mengadakan promosi ‘Tea Time Deal’ bermula jam 3 petang hingga 6 petang di mana para pelanggan yang membeli mana-mana satu potong kek akan dihidangkan teh atau kopi secara percuma.

Manakala itu, para pelanggan jua boleh tambah nilai $1 bagi minuman sejuk seperti minuman Kiwi Orange, Apple Lemon Fizz, Pormegranate Peach, Ice Blended Cappucino atau Ice Blended Mocha Espresso. Promosi ini bagi pelanggan yang makan di sana sahaja.