Menuai hasil pemikiran

Menuai hasil pemikiran

SELEPAS kita meneroka pelbagai idea dan akhirnya memilih satu daripadanya, kita masih mempunyai idea-idea yang disingkirkan pada mulanya. Teknik berikut ini penting kerana membolehkan kita mengaplikasi dan mengitar semula idea-idea dan metod-metod yang ditolak dan membantu kita menggunakan proses-proses pemikiran alternatif.

Pakar psikologi, Edward de Bono memperkenalkan teknik ini sebagai satu cara menuju ke minda kreatif dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

Idea-idea yang berguna

Kita tidak sahaja menerima cadangan-cadangan yang diterima oleh semua orang, tetapi idea-idea yang ditolak pasti ada manfaatnya.

Idea-idea yang berpotensi

Ini adalah idea-idea yang pada mulanya tidak praktikal dan sukar dilaksanakan tetapi ada aspirasinya.

Jangan tolak sebarang idea, gunakan idea-idea yang mempunyai potensi dan kaji semula nilai-nilai dan etos (pegangan atau kepercayaan kita).
Jangan tolak sebarang idea, gunakan idea-idea yang mempunyai potensi dan kaji semula nilai-nilai dan etos (pegangan atau kepercayaan kita).
Fikirkan bagaimana mengubah idea-idea itu menjadi realiti.
Fikirkan bagaimana mengubah idea-idea itu menjadi realiti.

Idea-idea embrionik

Idea-idea ini mempunyai potensi yang tersembunyi dan perlu diolah semula bagi merealisasikan potensinya.

Konsep-konsep dan nilai-nilai asas

Ini termasuk idea-idea yang jelas ketika di peringkat perbincangan, dan yang implisit dan perlu dijadikan eksplisit. Ini termasuk pendekatan umum yang digunakan.

Pada masa sama, kita cuba eksploitasi perkara-perkara berikut, yang terhasil daripada perbincangan kita, antaranya:

– Cara-cara mengolah konsep menjadi realiti.

– Fokus-fokus baru yang perlu diberi perhatian khusus.

– Perubahan cara berfikir.

– Gambaran umum para peserta, berkenaan pemikiran kreatif kita.

Jangan tolak sebarang idea, gunakan idea-idea yang mempunyai potensi dan kaji semula nilai-nilai dan etos (pegangan atau kepercayaan kita). Fikirkan bagaimana mengubah idea-idea itu menjadi realiti.

ARTIKEL YANG SAMA