Menyakitkan mata memandang

Menyakitkan mata memandang

Oleh Rahmat Haji Abdul Rahman

TEMPAT pembuangan sampah di Jalan Binglu Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Tanah Jambu sangat menyakitkan mata apabila memandang keadaannya yang mencemarkan alam sekitar.

Tempat pembuangan sampah ini jauh dari kawasan perumahan yang letaknya di dalam kawasan belukar di tepi jalan raya.

Walaupun ia dikhaskan sebagai tempat pembuangan sampah sementara, tetapi pihak kontraktor sepatutnya bukan hanya mengaut keuntungan daripada pihak kerajaan, tetapi mereka mestilah peka untuk membersihkan kawasan ini.

Sampah sarap yang bertimbun dengan hanya membekalkan satu buah tong sampah tidak mencukupi untuk menampung sampah yang dibuang oleh penduduk yang tinggal di RPN Kampung Tanah Jambu dan Kampung Meragang yang begitu ramai menggunakan tempat pembuangan sampah ini.

Pihak Jabatan Alam Sekitar, TamanĀ  danĀ  Rekreasi sebaiknya akan dapat membuat pemantauan terhadap pihak kontraktor dan kawasan ini yang sudah lama tidak mengalami sebarang perubahan.

pg06_160201_a

ARTIKEL YANG SAMA