Menyalahkan ‘pemisah radikal’ pada rusuhan HK

Menyalahkan ‘pemisah radikal’ pada rusuhan HK

HONG KONG, 14 Feb – Seorang pegawai kanan Beijing hari ini menyalahkan ‘pemisah radikal’ bagi rusuhan yang berlaku di Hong Kong minggu lalu, pertempuran paling buruk di saksikan bandar raya itu bagi bantahan pri demokrasi besar – besaran.

Dalam ulasan tajam mengenai perkata Hong Kong, Zhang Xiaoming, perwakilan tertinggi Beijing di bandar yang separuh atuonomi itu, memberitahu wartawan keganasan yang menyebabkan berdozen pegawai polis cedera juga menunjukkan elemen ‘ganas’.

“Selepas rusuhan di Mong Kok, kami merasa terkejut dan sedih,” Zhang memberitahu wartawan.

“Kami membidas pemisah radikal tersebut yang semakin ganas, walaupun (menjalankan) aktiviti-aktiviti yang menunjukkan kecencerungan ganas,” kata pengarah Pejabat Perhubungan China di Hong Kong dalam bahasa China.

Pertempuran tercetus apabila perusuh berhimpun berikutan usaha untuk mengetepikan peniaga-peniaga tidak sah dari kejiranan komersial yang sibuk, Mong Kok ketika sambutan Tahun Baru China lewat malam Isnin lalu.

Polis melepaskan tembakan amaran ke udara, sementara penunjuk perasaan membaling batu bata dari laluan jalan kaki, menyerang polis dengan perisai buatan sendiri dan membakar sampah.

Sekitar 100 orang cedera, termasuk pegawai polis, wartawan dan penunjuk perasaan, dan 65 ditahan dalam cetusan keganasan yang jarang berlaku itu. Sekitar 30 didakwa dengan merusuh.

Ketua Hong Kong, Leaung Chun-ying kelmarin berkata kebanyakan penunjuk perasaan adalah tidak bekerja dan tidak menggambarkan pandangan aliran utama. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA