Menyamar: Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah

Menyamar: Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan menyamar dengan menggunakan pasport milik orang lain.

Delwar Abdul Mothin, 30, berdepan pertuduhan menyamar sebagai Mohammed Shamim Miah dengan menggunakan pasportnya untuk melepasi kaunter ketibaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 12 Jun 2015.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport yang membawa kepada denda $10,000 dan lima tahun penjara. Tertuduh juga berdepan dakwaan memberi nama dan tarikh lahir palsu kepada pegawai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Brunei pada 6 Oktober 2015 dengan menyamar sebagai Mohammed Shamim Miah.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah peraturan 24(1)(b) Peraturan Pendaftaran Kebangsaan yang membawa penjara dua tahun, denda $5,000 atau kedua-duanya.

pg06_160126_mahkamah logo

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas dalam sebutan membantah untuk tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin kerana dikhuatiri dia akan melepaskan diri tambahan lagi dia tidak mempunyai ahli keluarga di Brunei.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengarahkan tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong, dan menetapkan 1 Februari untuk sebutan tarikh perbicaraan.

ARTIKEL YANG SAMA