Menyokong pelbagai bidang bersama

Menyokong pelbagai bidang bersama

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Banyak kerjasama telah dilaksanakan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan Briged Gurkha di negara ini terutamanya dalam kursus-kursus yang disediakan.

“Kami mengadakan kursus bersama-sama dan kami juga menjemput mereka untuk menyertai kursus yang disediakan, begitu juga dengan mereka. Kami juga menghantar tentera kami berkursus ke UK sebagai penyedia kursus yang penting.

“Mereka juga menyokong kita dalam pelbagai bidang dalam pembangunan masyarakat. Kami berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pelbagai bidang juga, ia adalah sangat baik,” jelas Komander Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah semasa ditemui selepas Upacara Perbarisan Memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha ke-200 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, hari ini.

Yang Dimuliakan Pehin berkata, acara hubungan dua hala antara Brunei dengan Gurkha itu sangat bersejarah dan signifikan, yang menurut beliau, kehadiran mereka ke negara ini bermula dengan memberikan sumbangan antaranya dari segi kedamaian di negara ini.

pg04_151013_g

“Sejak penubuhannya hingga ke hari ini, mereka merupakan tentera profesional, penglibatan mereka dalam operasi sebenar menjadikan imej mereka sebagai tentera tulen. Sesuatu yang setiap tentera inginkan,” ujarnya sambil melahirkan harapan untuk terus meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Yang Dimuliakan Pehin memberitahu bahawa beliau juga telah bercakap dengan wakil Queen Elizabeth II pada upacara perbarisan penuh bermakna berkenaan, Komandan Kolonel Briged Gurkha, Jeneral Sir Peter Wall, mengenai beberapa perkara yang boleh meningkatkan hubungan masyarakat dalam kalangan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA