Meraikan semangat perpaduan dan setia kawan ASEAN di Delhi

NEW DELHI Cuaca pagi pada 5 Feb agak dingin kerana kabus musim sejuk. Namun kedinginan cuaca pagi Ahad itu tidak sedikit pun melunturkan semangat rakyat Malaysia dan warga ASEAN yang berkumpul untuk pertandingan persahabatan futsal di New Delhi.

Pertandingan futsal yang diadakan di padang laman Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu adalah acara santai hujung minggu. Sepanjang perlawanan, semangat persaingan tetap jelas dengan para diplomat kanan mampu menunjukkan kehebatan mereka menentang pasukan lawan yang lebih muda. Suasana menjadi riuh-rendah dengan sorakan anggota keluarga pemain semasa perlawanan berlangsung dan apabila gol dijaringkan.

Para pemain menunjukkan kebolehan masing-masing dan suasana bagaikan di padang sukaneka. Ada juga kanak-kanak yang mengibarkan bendera tetapi di sini ia lebih bertujuan menghidupkan mood ceria berbanding semangat patriotic.

“Kami menawarkan diri untuk menganjurkan acara ini sebagai sebahagian daripada usaha kolektif untuk menjalin persahabatan dan semangat berpasukan di kalangan misi diplomatik ASEAN.

“Ini usaha sulung kami sebagai keluarga ASEAN di Delhi. Kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara membabitkan sukan-sukan lain,” kata Kuasa Usaha Malaysia di New Delhi Nor’Azam Mohd Idrus kepada Bernama.

Acara futsal itu pastinya akan memberikan lebih banyak idea kreatif bagi para diplomat ASEAN untuk bersantai di tengah-tengah kesibukan kehidupan di bandar raya yang besar seperti Delhi.
Acara futsal itu pastinya akan memberikan lebih banyak idea kreatif bagi para diplomat ASEAN untuk bersantai di tengah-tengah kesibukan kehidupan di bandar raya yang besar seperti Delhi.

Mesra perpaduan

Pasukan Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyarung jersi sama seperti jersi pasukan rasmi bola sepak negara. Jelas sekali ia membuka peluang untuk berhimpun dan menikmati acara sukan itu. Seorang diplomat kanan berkata pertemuan di ibu negara India itu tepat pada masanya bagi perwakilan komuniti Asia Tenggara itu.

“Kami meraikan ulangtahun jubli emas ASEAN tahun ini. Jadi peluang berkumpul seperti ini dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan serantau. “Kami juga lihat pentingnya untuk banyak berinteraksi dengan masyarakat lain dalam satu kumpulan,” katanya. Hubungan lebih baik dan kemesraan itu juga seiring dengan aspirasi sambutan Tahun Melawat ASEAN 2017.

Daripada satu lagi sudut, acara futsal itu pastinya memberikan lebih banyak idea kreatif bagi para diplomat ASEAN untuk bersantai di tengah-tengah kesibukan kehidupan di bandar raya yang besar seperti Delhi. Kejohanan futsal itu sebenarnya berasal daripada acara sukan membabitkan misi Malaysia dan Vietnam yang diadakan dari semasa ke semasa.

m6 A_150217

Pada awalnya, warga dua perwakilan ini merancang mengadakan kejohanan dua hala tetapi kemudiannya membuka penyertaan kepada angota-anggota ASEAN lain yang berminat.

Ia berakhir sebagai satu kejohanan yang dianjurkan dengan sempurna membabitkan semua misi ASEAN di New Delhi. Oleh kerana beberapa daripada misi diplomatik itu mempunyai bilangan kakitangan yang kecil, tiga daripada misi itu bergabung menjadi satu pasukan dan dengan itu sejumlah lapan pasukan ASEAN beraksi pada hari itu.

Anggota wanita misi Malaysia yang dikenali sebagai Perwakilan New Delhi turut membantu menjayakan acara itu daripada segi logistic. Antara persiapan menyediakan makanan dan minuman untuk 150 orang dan anggota Perwakilan dengan mudah dapat melaksanakan tugas itu. “Tanpa bantuan mereka, tentunya sukar untuk menganjurkan acara ini. Sekali lagi mereka menunjukkan kemahiran mereka dalam menguruskan acara ini,” kata seorang diplomat Malaysia.

Apabila matahari semakin meninggi dan cuaca semakin panas, fokus penonton bukan sahaja di padang futsal. Banyak perkara menjadi topik perbualan termasuk suhu musim sejuk, masalah aliran tunai di negara ini kerana tindakan kerajaan India memansuhkan wang kertas bernilai tinggi, dan di mana boleh menikmati kebab dan kari yang enak. – Bernama