Meranti: 16 maut, hilang di China

Meranti: 16 maut, hilang di China

BEIJING, 16 Sept – Taufan Meranti telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang maut atau hilang di China dan jambatan purba musnah tatkala malapetaka itu melanda pantai timur negara itu, kata kerajaan hari ini.

Ribut yang digambarkan oleh agensi berita rasmi Xinhua sebagai taufan terkuat di dunia tahun ini dan yang paling teruk melanda wilayah Fujian sejak rekod bermula pada tahun 1949, telah membunuh tujuh orang pagi hari ini, Kementerian Hal Ehwal Awam berkata dalam satu kenyataan.

Sembilan lagi orang hilang dan lebih daripada 330,000 penduduk telah dipindahkan, katanya.

Pekerja pelabuhan memeriksa kren jambatan yang rosak akibat taufan di Kaohsiung, Taiwan, tenggara China, kelmarin. – Xinhua
Pekerja pelabuhan memeriksa kren jambatan yang rosak akibat taufan di Kaohsiung, Taiwan, tenggara China, kelmarin. – Xinhua

Taufan yang sebelum ini telah melanda hujung selatan Taiwan, membuat pendaratan di Xiamen awal hari ini dengan membawa angin sekitar 170 kilometer sejam (105 batu sejam) dan hujan lebat di wilayah itu, kata kenyataan itu.

Banjir memusnahkan sebuah jambatan berusia 871 tahun, yang merupakan tapak warisan yang dilindungi di Daerah Yongchun, Xinhua melaporkan hari ini.

Dalam kejadian lain, lebih 3.2 juta rumah tidak mempunyai bekalan elektrik akibat terputus dan bekalan air untuk pelbagai lapisan masyarakat di Xiamen terganggu, katanya. – AFP