Meranti: Seorang maut, 51 cedera

Meranti: Seorang maut, 51 cedera

TAIPEI, 15 Sept – Seorang maut dan 51 yang lain cedera sejak kelmarin ketika Taufan Meranti melanda selatan Taiwan, menurut pihak berkuasa tempatan semalam.

Seorang nelayan berusia 58 tahun itu yang berada di tepi laut kelmarin telah ditemui mati awal hari ini di Kaohsiung City di selatan pulau itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Dengan keadaan angin kencang dan hujan lebat, taufan tersebut telah mengakibatkan bekalan kuasa kepada 1.01 juta rumah terputus, menurut Taiwan Power Company, yang menambah bahawa sekurang-kurangnya 331,000 isi rumah masih tanpa kuasa pada 12:58 hari ini.

Pusat Operasi Kecemasan di pulau ini berkata taufan tersebut telah menyebabkan anggaran kerugian ekonomi kira-kira 100 juta dolar Taiwan baru (kira-kira AS$3.15 juta) dalam sektor pertanian.

Taufan Meranti, taufan paling kuat tahun ini, telah membawa angin sehingga 209 kilometer sejam ketika menghampiri pulau itu kelmarin, kata agensi meteorologi. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA