Merayu diselamatkan melalui telefon

Merayu diselamatkan melalui telefon

LAHORE, 5 Nov (Reuters) – Para pekerja yang masih tertimbus dalam runtuhan sebuah kilang merayu untuk diselamatkan menggunakan telefon bimbit mereka hari ini walaupun ketika para penyelamat berkata mereka bimbang jumlah kematian 18 orang boleh meningkat dalam tragedi terbaru yang memberi perhatian terhadap standard keselamatan yang rendah di selatan Asia.

Hampir 100 yang terselamat telah dikeluarkan dari timbusan kilang, yang membuat beg membeli-belah 20 km selatan bandar Lahore, namun para penyelamat berkata lebih banyak lagi pekerja berhimpun di aras bawah tanah bangunan itu.

“Kami bekerja di tingkat satu ketika bumbung itu runtuh,” kata salah seorang pekerja yang terperangkap, Liaqat Ali, yang menggunakan telefon bimbitnya untuk bercakap dengan stesen televisyen.

Penyelamat Pakistan sedang membantu mengeluarkan mangsa runtuhan sebuah kilang di pinggir Lahore. – AFP
Penyelamat Pakistan sedang membantu mengeluarkan mangsa runtuhan sebuah kilang di pinggir Lahore. – AFP

Pegawai penyelamat berkata kelmarin 150 orang dipercayai berada di dalam bangunan ketika runtuhan itu. Tetapi para penyelamat perlu bergerak perlahan, pegawai kerajaan berkata, untuk mengelakkan kecederaan yang lebih kepada sesiapa yang masih terperangkap.

Mangsa terselamat yang tercedera berkata pemilik kilang itu, yang menambah tingkat ketiga, telah mengendahkan nasihat daripada kontraktornya dan merayu kepada para pekerjanya untuk menghentikan kerja penambahan selepas terdapat retak di dinding selepas satu gempa kuat minggu lepas.

Gempa 7.5 skala Richter telah membunuh lebih dari 300 orang di Pakistan dan kawasan-kawasan utara kejiranan Afghanistan dan merosakkan ribuan bangunan.