Mercedes akan bina kilang baru di Hungary

Mercedes akan bina kilang baru di Hungary

FRANKFURT, 29 Julai – Pembuat kereta mewah Jerman, Mercedes-Benz berkata hari ini ia akan membelanjakan satu bilion euro (AS$1.1 bilion) ke atas sebuah kilang baru yang besar di Hungary, mewujudkan sekitar 2,500 pekerjaan.

“Kilang boleh tukar’ itu – direka untuk boleh distrukturkan semula bagi menghasilkan pelbagai model – akan terletak di samping kilang yang sudah sedia ada di bandar Keckskemet itu, anggota lembaga Mercedes, Markus Schaefer berkata dalam satu kenyataan.

Pembinaan itu akan bermula pada 2018, dengan syarikat itu berharap akan memulakan pengeluaran dalam tahun 2020 atau 2021, menurut jurucakap bagi syarikat induk Mercedes, Daimler memberitahu AFP.

Kilang baru itu akan mengeluarkan model-model kereta penggerak roda belakang (RWD) serta FWD yang pada masa ini dibina di Hungary – dan akan memasuki perkhidmatan ketika Mercedes meningkatkan tekanan untuk mengelektrikkan semua kereta pelanggannya.

Mercedes yang berpangkalan di Stuttgart, jenama kemegahan kumpulan Daimler, telah menghasilkan kereta kompak di kemudahannya di Keckskemet, kira-kira 70km selatan Budapest, sejak 2012. Bos-bos syarikat mengumumkan rancangan untuk melabur tambahan 580 juta euro bagi pemodenan dan pengembangan kilang itu pada April.

Tapak itu pada masa ini menggaji lebih 4,000 pekerja dan menghasilkan lebih 180,000 kenderaan pada 2015.

Daimler melaporkan catatan jualan unit sekitar 761,334 kenderaan dan keuntungan bersih sekitar 2.45 bilion euro pada hasil suku yang dikeluarkan pada 21 Julai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA