Mercedes akur penalti terhadap penalti Rosberg

Mercedes akur penalti terhadap penalti Rosberg

SILVERSTONE, 12 Julai – Mercedes memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap penalti dialog yang dikenakan ke atas Nico Rosberg pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British, hujung minggu lalu.

Rosberg menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Lewis Hamilton (gambar bawah) di Litar Silverstone namun pemandu Jerman itu diturunkan ke tangga ketiga selepas pasukannya didapati melanggar peraturan larangan bantuan radio kepada pemandu.

Ketika di pusingan 47, Rosberg dikatakan melaporkan kepada mekaniknya mengenai masalah kotak gear manakala pasukan memberitahunya perkara berlainan: “Elak gear ketujuh.

Beralih daripadanya.” Badan peraturan sukan itu, Persekutuan Antarabangsa Permotoran (FIA) berkata, ada ketikanya beberapa arahan daripada Mercedes dibenarkan dan begitu juga sebaliknya.

p22-2_20160713

Mercedes mengemukakan ‘notis rayuan’ yang kemudiannya ditarik semula semalam dengan menjelaskan di dalam satu kenyataan di laman rasmi mereka: “Kami dapat membuktikan pegawai perlumbaan mengenai kegagalan kotak gear dan dengan itu dibenarkan mengikut peraturan untuk menasihati Nico mengenai keperluan penukaran mod.

“Namun, nasihat untuk mengelakkan gear ketujuh disifatkan sebagai melanggar peraturan ditetapkan.”

Sebagai kesimpulan, pasukan itu menambah: “Pasukan menerima penjelasan pegawai mengenai peraturan ditetapkan, keputusan mereka dan juga hukuman yang dikenakan. “Dalam beberapa minggu ini, kami akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkepentingan F1 mengenai subjek peraturan sukan ini secara lebih mendalam.” – AFP