Mercedes-Benz catat rekod jualan 10,845 unit

Mercedes-Benz catat rekod jualan 10,845 unit

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan pada 2015 yang menyaksikan peningkatan 56 peratus kepada 10,845 unit daripada 6,932 unit pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Claus Weidner berkata MBM menjual kenderaan penumpang dalam pelbagai kategori dengan limosin keluaran tempatan iaitu C-Class, E-Class dan S-Class menerajui jualan. “Sebanyak 7,989 unit kenderaan keluaran tempatan MBM dijual tahun lepas, peningkatan 75 peratus dengan hibrid diesel E-Class mencatat jualan tertinggi sebanyak 3,383 unit diikuti C-Class (2,697 unit) dan S400L (1,909 unit),” katanya dalam taklimat media mengenai prestasi 2015 kumpulan, di sini hari ini.