Mercedes jangkakan strategi tayar ekstrem di China

Mercedes jangkakan strategi tayar ekstrem di China

LONDON, 12 April (Reuters) – Pasukan Formula Satu mungkin menggunakan strategi agresif untuk perlumbaan Grand Prix China pada Ahad disebabkan keadaan litar mungkin membawa kepada tanda-tanda haus tayar supersoft yang belum pernah digunakan di Shanghai sebelum ini, kata ketua kumpulan teknikal Mercedes Paddy Lowe semalam.

Tayar supersoft itu adalah yang paling laju di antara tiga jenis tayar yang ada untuk perlumbaan tetapi juga hilang prestasi dengan cepat.

Perlumbaan China adalah lebih berat pada tayar berbanding litar di Melbourne dan Bahrain, di mana tayar supersoft telah digunakan sebelumnya pada musim ini.

Pemandu akan menghabiskan 80 peratus litar China membelok dan melepasi selekoh tajam dan cuaca yang tidak dapat diramalkan di Shanghai juga menjejas hakisan tayar.

“Ia kali pertama kami melihat tayar supersoft yang digunakan di litar ini, dan ia mungkin mewujudkan contoh yang lebih ekstrem tentang apa yang kami lihat di Bahrain, di mana tayar terbaik tidak mungkin menjadi tayar perlumbaan yang hebat,” kata Lowe.

Pemandu Pasukan Mercedes ketika memenangi podium di perlumbaan Bahrain baru-baru ini. – AFP
Pemandu Pasukan Mercedes ketika memenangi podium di perlumbaan Bahrain baru-baru ini. – AFP

“Setiap pasukan pastinya mahu melayakkan diri dengan tayar supersoft, tetapi jika ia haus dalam perlumbaan, kami mungkin melihat kereta berhenti dalam lima pusingan pertama.

“Terdapat banyak analisis yang perlu dilakukan pada Jumaat dan kami mungkin melihat beberapa permintaan menarik mengenai kelayakan dan strategi perlumbaan,” katanya dalam previu kumpulan Mercedes.

Mercedes telah menguasai perlumbaan Formula Satu pada musim ini, dengan juara dunia tiga kali Lewis Hamilton pelumba terpantas di Australia dan Bahrain tetapi tewas kepada rakan sepasukan Nico Rosberg pada hari perlumbaan.

Pemenang 34 daripada 40 perlumbaan terakhir, Mercedes juga menduduki barisan depan untuk lapan perlumbaan berturut-turut.

Pemandu Formula Satu dibenarkan 13 set tayar cuaca kering pada perlumbaan hujung minggu dan mempunyai tayar supersoft, soft dan medium untuk dipilih di China, seperti yang dipilih oleh pembekal Pirelli.