Mercedes tolak isu pilih kasih

Mercedes tolak isu pilih kasih

JERMAN, 5 Mei (AFP) – Mercedes semalam mengeluarkan sepucuk surat terbuka kepada peminat–peminat di mana mereka menolak dakwaan media sosial bahawa pasukan Jerman itu secara sengaja memilih Nico Rosberg dari juara dunia Lewis Hamilton.

Ketika Rosberg memenangi empat perlumbaan pertama musim ini, Hamilton dibelenggu dengan masalah mekanikal dan pada masa ini berada 43 mata di belakang rakan sepasukan dari Jerman di tempat kedua dalam kejuaraan pemanduan.

Ketua pasukan itu, Toto Wolff berkata selepas Grand Prix Rusia pada Ahad lalu di Sochi bahawa teori konspirasi adalah “satu penipuan di atas katil mereka dengan komputer riba di dada mereka.”

Sementara itu dalam surat yang mempamerkan 1,100 perkataan yang diterbitkan dalam laman sesawang mereka, Mercedes berkata: parafrasa Toto Wolff, kami bekerja keras untuk meletakkan di mana kami berada pada hari ini dan kami melakukannya sebagai satu pasukan.

Mercedes menolak dakwaan media sosial bahawa pasukan Jerman itu secara sengaja memilih Nico Rosberg dari juara dunia Lewis Hamilton. – AFP
Mercedes menolak dakwaan media sosial bahawa pasukan Jerman itu secara sengaja memilih Nico Rosberg dari juara dunia Lewis Hamilton. – AFP

“Kami mempunyai tenaga yang terbaik dunia, melakukan tugasan yang luar biasa, setiap minggu dan mereka melakukannya untuk pasukan. Bukan hanya bagi seorang pemandu atau yang lain tetapi bagi sesama sendiri. Tidak terdapat pasukan ‘A’ atau ‘B’ di sini.

Pasukan yang berpangkalan di Britain itu menambah: “Bagi mereka yang bersama kami, kami menghargai anda. Dan kepada mereka yang benci, pengkomplot…jika kami boleh meyakinkan walaupun sebahagian anda apa yang kami perjuangkan, kami menggambarkan persaingan itu dimenangi dengan baik.”