Merkel berdepan pengundi berang

Merkel berdepan pengundi berang

SCHWERIN, Jerman, 4 Sept – Parti Canselor Angela Merkel bersiap sedia bagi tindak balas di pengundian negeri hari ini, manakala populis anti pendatang bersedia bagi perolehan besar, setahun selepas pemimpin Jerman itu membuka sempadan bagi orang pelarian.

Kira-kira 1.33 juta orang pengundi sedang memilih parlimen serantau baru bagi negeri timur laut Mecklenburg-Western Pomerania, yang juga kawasan pengundian Merkel, Stralsund.

Pengundian itu diadakan tepat setahun selepas pemimpin Jerman itu membuat keputusan penting untuk membenarkan berpuluh-puluh ribu orang rakyat Syria dan pendatang lain yang terdampar di negara-negara timur Eropah.

Meskipun beliau meraih pujian pada mulanya, suasana sejak itu telah berubah, mengundang kebimbangan tentang bagaimana ekonomi terbesar Eropah itu akan menangani untuk menyatupadukan jutaan orang yang tiba pada tahun lalu saja.

Gambar fail bertarikh 31 Ogos 2016 menunjukkan Angela Merkel (kiri) bercakap dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier semasa kedatangan Merkel bagi perjumpaan mingguan kabinet di Chancellery di Berlin, Jerman. – AP
Gambar fail bertarikh 31 Ogos 2016 menunjukkan Angela Merkel (kiri) bercakap dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier semasa kedatangan Merkel bagi perjumpaan mingguan kabinet di Chancellery di Berlin, Jerman. – AP

Keputusan beliau telah mengakibatkan beliau semakin tersisih di Eropah, dan mendedahkan dirinya kepada kritikan berat di tanah air, termasuklah dari sekutu konservatif beliau sendiri.

Populis sayap kanan Alternative for Germany (AfD) yang giat berkempen menentang dasar orang pelarian liberal Merkel, dijangka mencatatkan sokongan mantap pada pengundian itu.

Tinjauan menunjukkan ia mungkin mengalihkan parti pemimpin Jerman CDU dari tempat kedua, selepas parti Social Demokrats. – AFP