Merkel berusaha untuk dapatkan penggal keempat

Merkel berusaha untuk dapatkan penggal keempat

BERLIN, 21 Nov – Canselor Jerman Angela Merkel semalam berkata beliau akan berusaha mendapatkan penggal keempat dalam pilihan raya tahun depan untuk mempertahankan dasar demokrasi dalam menghadapi ancaman yang menjelma di tanah air dan di luar negara.

Dengan meramalkan kempennya yang paling sukar setakat ini, Merkel berkata kekuatan populisme dan juga ketidakpastian yang diwujudkan oleh kejayaan pengundian bagi Brexit dan Donald Trump bermakna beliau mempunyai ‘tugas untuk berkhidmat di negaranya’.

“Kami berdepan perjuangan bagi nilai dan kepentingan kita di Eropah dan antarabangsa, dan secara terus terang bagi cara hidup kita,” Merkel, 62 , memberitahu para pemberita di ibu pejabat parti Kesatuan Demokrasi Kristian (CDU). “Pilihan raya ini akan lebih sukar dari yang sebelumnya, sekurang-kurangnya tidak sejak penyatuan semula kebangsaan,” dalam tahun 1990, tambah beliau, dengan merujuk kepada ‘polarisasi kuat masyarakat kita.”

Merkel, pemimpin EU yang paling lama memimpin, berkata beliau tidak henti-henti menilai pilihannya dan menyedari bahawa dalam ‘kesukaran, malah dalam detik tidak terjamin’ ramai pemimpin melihat beliau sebagai sumber kestabilan.

Gambar fail 8 November 2016 menunjukkan Angela Merkel menghadiri sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, di Berlin. Merkel akan berusaha mendapatkan penggal keempat dalam pilihan raya tahun depan. – AP
Gambar fail 8 November 2016 menunjukkan Angela Merkel menghadiri sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, di Berlin. Merkel akan berusaha mendapatkan penggal keempat dalam pilihan raya tahun depan. – AP

“Saya benar-benar berbesar hati tetapi saya juga mendapatinya aneh dan malah tidak munasabah bahawa sebilangan pengulas menyatakan beliau seharusnya dianggap ‘pemimpin baru dunia bebas,” katanya.

Bercakap di saluran televisyen Jerman, ARD, beliau berikrar akan berusaha bagi ‘Eropah mantap’ selepas Britain mengundi untuk keluar dari gabungan itu. Merkel telah menamatkan bulan-bulan spekulasi hangat sebelumnya dengan memberitahu para pemimpin CDU bahawa beliau akan bertanding lagi, satu keputusan yang mereka sambut baik dengan ‘tepuk sorak gemuruh’, sumber parti memberitahu AFP.

Beliau telah mentadbir kuasa tertinggi ekonomi Eropah itu, yang tidak mempunyai had penggal sejak 2005, Satu lagi mandat penuh empat tahun, yang menurut para penduga undi beliau mungkin akan memenanginya, akan memeterai rekod selepas perang yang diraih oleh mentornya, Helmut Kohl, yang menerajui kejatuhan Tembok Berlin 1989. – AFP