Merkel desak ‘penghijrahan’ lebih adil di Eropah

Merkel desak ‘penghijrahan’ lebih adil di Eropah

COLOGNE, Jerman, 18 Okt – Canselor Jerman Angela merkel dijangka berada di Istanbul hari ini untuk mendesak Turki supaya mengawal aliran penghijrah ke Eropah, sehari selepas calon datuk bandar Jerman cedera parah dalam kejadian tikam “bersifat perkauman.”

Pertemuannya dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang telah mencemuh usaha Eropah untuk mengatasi krisis itu, datang bersama dasar penghijrah kerajaannya yang mencetuskan ketegangan yang meningkat di Jerman, sekaligus menerima reaksi hebat daripada sekutu konservatifnya dan mencetuskan bantahan.

Beliau telah mendesak ‘penghijrahan’ yang lebih adil di seluruh Kesatuan Eropah, namun krisis tersebut telah menjejas hubungan di antara negara anggota dan memberikan tekanan mengenai hak untuk pergerakan bebas yang menjadi teras nilai blok 28 negara itu.

Semalam, Merkel meluahkan ‘rasa terkejut’ mengenai serangan di barat bandar Cologne yang meninggalkan calon datuk bandar Henriette Reker dengan kecederaan leher yang serius.

Reker, calon bebas yang rapat dengan parti pemerintah Merkel Christian Democrat yang aktif dalam membantu pelarian, ditikam ketika berada di gerai maklumat parti di bandar.

Empat orang lain juga mengalami kecederaan, salah seorang di antara mereka serius, dengan ketua polis serantau Wolfgang Albers berkata ia adalah “perbuatan politik.”

Penyerang ditahan di tempat kejadian dan memberitahu polis dia mempunyai “motif bersifat perkauman untuk melakukan perbuatan tersebut,” kata pegawai polis Cologne Norbert Wagner pada satu persidangan akhbar. – AFP