Merkel, Hollande tekan perjanjian iklim

Merkel, Hollande tekan perjanjian iklim

BERLIN, 19 Mei – Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande memberikan jaminan bersama hari ini untuk melakukan sedaya upaya bagi memastikan perjanjian ‘hebat’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerangi perubahan iklim, dicapai tahun ini.

Dalam satu kenyataan bersama selepas rundingan antarabangsa secara tidak formal di Berlin, dua negara ekonomi besar Kesatuan Eropah (EU) juga menggesa negara-negara lain untuk melakukan bahagian mereka dalam membantu mencapai usaha global bagi mengurangkan emisi.

Perancis dan Jerman sudah ‘memutuskan untuk mengambil semua langkah bagi mencapai persetujuan iklim PBB yang hebat, komprehensif dan terikat itu menjelang tahun ini,” kata Merkel dan Hollande.

Rundingan tidak formal itu berlangsung di bawah inisiatif ‘Dialog Iklim Petersberg’, yang dilancarkan oleh Merkel pada 2010, untuk bersiap sedia bagi Persidangan Perubahan Iklim PBB di Paris pada Disember. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA