Merkel menuju ke Mali dalam lawatan ke Afrika

Merkel menuju ke Mali dalam lawatan ke Afrika

BERLIN, 9 Okt – Canselor Jerman, Angela Merkel hari ini berlepas ke Mali, perhentian pertama dalam jelajah Afrika selama tiga hari yang memfokuskan ke atas keselamatan dan membendung kemasukan penghijrah ke Eropah.

Merkel kemudian menuju ke Niger dan kemudian Etiopia tempat dia akan mengunjungi ibu pejabat Kesatuan Afrika di bandar Addis Ababa.

Rundingannya bersama para pemimpin ketiga-tiga buah negara adalah untuk menumpukan pada isu migrasi dan berjuang untuk menentang pengganasan.

“Saya percaya kita perlu mengambil kepentingan besar demi masa depan Afrika,” kata Merkel dalam siaran video mingguannya kelmarin.

“Kesejahteraan Afrika adalah dalam kepentingan Jerman.”

Dia pada awalnya memberitahu akhbar mingguan Die Zeit bahawa dengan membawa lebih banyak kestabilan ke Afrika dan meningkatkan keadaan kehidupan di benua itu akan membantu mengurangkan bilangan orang yang berhasrat untuk meninggalkan negara itu.

Di Mali, Merkel juga akan dijangka melawat ke pasukan tentera Jerman yang mengambil bahagian dalam operasi pengaman PBB, MINUSMA dan Misi Latihan Kesatuan Eropah di Mali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA