Merkel pertahan kerjasama dengan agensi perisik AS

Merkel pertahan kerjasama dengan agensi perisik AS

BERLIN, 5 Mei (AFP) – Canselor Jerman, Angela Merkel semalam menegaskan negaranya perlu bekerja dengan agensi-agensi perisikan Amerika, ekoran dakwaan Berlin telah membantu Amerika Syarikat (AS) merisik para pemimpin dan syarikat EU.

Kerajaan Merkel telah berdepan tekanan memuncak berhubungan pertuduhan itu, dan sementara penganalisis menjangkakan pemimpin popular itu menempuh berita skandal itu, menteri dalam negerinya telah menarik perhatian media dan para pembangkang berhubung ‘hubungan BND’, merujuk kepada perkhidmatan asing Jerman.

Dia menegaskan semalam yang BND ‘di bawah kawalan’ dan mengulang jaminan untuk memberikan keterangan sebelum siasatan parlimen berhubung aktiviti Agensi Keselamatan Negara Amerika, di mana dia dipanggil untuk melakukannya.

“Ia mengatakan, BND harus terus untuk bekerjasama secara antarabangsa, dan akan melakukannya,” kata Merkel dalam satu sidang media bersama dengan perdana menteri Czech, Bohuslav Sobotka.

“Untuk melaksanakan tanggungjawabnya memerangi ancaman pengganas antarabangsa yang memerlukan kerjasama dengan agensi lain, bermula dengan NSA,” katanya.

Merkel sebelumnya telah berjanji untuk ‘menjernihkan’ hubungan antara dua agensi perisikan itu.

Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere – bekas ketua turus Merkel bertanggungjawab menyelia perkhidmatan perisikan – berkata minggu lalu dia juga akan menjawab sebarang persoalan daripada jawatankuasa parlimen yang menyiasat perkara itu.

Media Jerman telah melaporkan yang perisikan AS meminta BND untuk mengintip dengar melalui telefon dan online serta komunikasi lain bukan saja suspek pengganas namun juga syarikat gergasi penerbangan Airbus berpangkalan di Perancis, presiden Perancis dan suruhanjaya EU.